TAKLIMAT SAPS UNTUK GURU KELAS

TARIKH : 29 JULAI 2011
MASA    : 10.30 PAGI
TEMPAT: BOP, SMSJ

Sistem Analisis Peperiksaan Sekolah (SAPS) diwujudkan untuk kemudahan kepada pengguna-pengguna di setiap peringkat warga KPM (sekolah, PPD dan JPN) supaya boleh melaksanakan tugas-tugas Pengumpulan data secara yang lebih sistematik dan praktikal berkaitan, Head count, Data mata pelajaran, Enrolmen murid, Data guru mata pelajaran, dan Profil sekolah.

Sebagai langkah permulaan, SUP SMSJ telah mengorak langkah dengan mengadakan taklimat ringkas kepada guru kelas mengenai sistem ini. Diharap cuti menyambut Awal Ramadhan pada tahun ini akan terisi dengan aktiviti-aktiviti memasukkan data pelajar bagi kelas masing-masing.




No comments: