ICAS 2014

Sebagai salah sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi, SMSJ akan terus mengembangkan potensi dan prestasi pelajarnya melalui pelbagai kegiatan di peringkat kebangsaan dan antara bangsa.  Antaranya menyertai International Competitions And Assessments For Schools (ICAS) 2014 iaitu program penilaian bertaraf dunia daripada University of New South Wales Australia. Program ini diikuti oleh jutaan pelajar sekolah dari berbagai negara di dunia dalam waktu serentak. Pertandingan ini meliputi bidang Writing, English, Mathematics, Science, dan Computer Skills.  ICAS memberikan kesempatan kepada para pelajar merangsang ketrampilan mereka dalam  pemikiran kritis, kreatif, komprehensif dan penyelesaian masalah yang diperlukan untuk kecemerlangan di sekolah dan di komuniti yang lebih luas.


Pada tahun ini, pihak sekolah telah meluluskan pembiayaan yuran secara percuma daripada bajet SBT 2014 kepada 10 orang pelajar yang layak bagi mata pelajaran Sains, Matematik dan English. 

Kepada pelajar-pelajar lain yang berminat bolehlah berhubung terus dengan Pn Siti Mas Aida bt Mesrah (Sains), Pn Hasanah bt Ahmad (Matematik) dan Encik Rozman bin Mohd Sharif (English & Writting).


Sila layari http://www.eats.com.my untuk maklumat lanjut.
TAKLIMAT PBS 
KEPADA IBU BAPA PELAJAR TINGKATAN 1
TAHUN 2014

TARIKH  :  8 JANUARI 2014
MASA :  11.00 PAGI
TEMPAT :  DEWAN SRI KARYAWAN
DISAMPAIKAN OLEH :  PN HJH ZANARIAH BT ABDOL




TAKWIM PEPERIKSAAN AWAM 2014


LOGO BARU KPM 


Gambar logo rasmi baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM diperkenalkan kepada umum. Rekaaan terbaru logo ini telah direka khas oleh Prof. Dato’ Dr Ahmad Zainuddin dan Mohd Faizal Ahmad dari Majlis Rekabentuk Malaysia. Logo baru KPM ini juga memaparkan rekaan yang lebih korporat bagi menggantikan logo yang sedia ada. Terdahulu,nama rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia telah diubah kepada Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Mei 2013. Pakar bahasa berpendapat bahawa istilah pendidikan lebih tepat berbanding pelajaran.

Maksud Logo Baru Kementerian Pendidikan Malaysia KPM
Logo ini direka mengunakan huruf ‘Alif’ sebagai konsep teras. Pendekatan mengunakan huruf atau typography adalah berdasarkan pengertian bahawa manusia yang pada masa hidupnya, berada pada jalan yang lurus sebagaimana huruf ‘Alif’ itu. Alif juga membawa pengertian ILMU kerana Allah mengangkat orang-orang yang beriman dan orang-orang yang diberi ilmu dengan beberapa darjat. Ilmu juga diklasifikasikan sebagai pengetahuan atau kepandaian yang merangkumi semua bidang yakni duniawi mahupun ukhrawi. Ilmu juga di takrifkan sebagai pemindahan roh atau jiwa daripada kegelapan kepada kecerahan dan sebagai suatu kebenaran dan keyakinan. 

Logo ini menggunakan dua ‘P’ dan dua ‘Alif’ melambangkan dua peringkat pendidikan iaitu Sistem Sekolah dan Sistem Pengajian Tinggi. Hurup ‘P’ yang bertingkat ke arah Alif melambangkan tahap-tahap kecemerlangan pendidikan Malaysia. Bentuk Bulat melambangkan Malaysia sebagai pusat pendidikan yang bersifat global. Dari segi warna, biru bermaksud profesionalisma dalam sistem pendidikan negara. Kuning keemasan melambangkan kecemerlangan. Putih melambangkan sistem pendidikan yang bermutu tinggi dan membentuk insan yang berkualiti dan berilmu mulia.
SELAMAT DATANG PENGETUA BARU


JK BOP SMSJ mengucapkan selamat datang dan amat mengalu-alukan kedatangan tuan pengetua baru, Encik Ibrahim bin Omar. Kedatangan beliau ke SMSJ yang mula bertugas pada 1 September 2013 menggantikan Tn Hj Idris bin Ahmad yang telah bersara pada Ogos 2013.

Semoga kedatangan tuan ini akan menyemarakkan lagi SMSJ sehingga gah di mata dunia !

Selamat datang tuan !



Ingin mengenali beliau lebih dekat ?  Klik di sini



Integrasi SPPBS dengan SPS

sppbs mula beroperasi april 2014

Maklumat terbaru, sebenarnya tidaklah baru sangat kerana surat siaran berkaitan makluman ini telah dikeluarkan sejak Disember 2013. Surat siaran ini memaklumkan berkenaan perkembangan terbaru SPPBS. 

Antara lain surat siaran tersebut memaklumkan bahawa modul Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan dilaksanakan mulai 1 April 2014 melibatkan perkara-perkara berikut :

  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
  • Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk tingkatan 1 dan 2 sekolah menengah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2014 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
  • Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2014 untuk tingkatan 1,2 dan 3 sekolah menengah.


Diharap dengan perkongsian maklumat ini akan memberi manfaat kepada semua guru di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
SIJIL ANUGERAH PMR 2013







KEPUTUSAN PMR 2013
Tahniah kepada semua calon PMR 2013 atas kejayaan cemerlang anda.  Walau pun keputusan SMSJ tidak mencapai ETR yang ditetapkan tetapi menunjukkan peningkatan daripada keputusan PMR 2012.

Berikut ialah keputusan penuh PMR 2013 :