SMSJ diiktiraf SBT!




Alhamdulillah secara rasminya SMSJ kini diiktiraf SBT! Anugerah tersebut telah diumumkan oleh Y.A.B Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Bin Hj. Mohd. Yassin, TPM merangkap Menteri Pelajaran Malaysia dalam Majlis Pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi Kohort 3 KPM di Auditorium Parcel E, Putrajaya pada 3 Februari 2012. 

Berita SBT Kohort 3 2012 di akhbar.....klik di sini

BOP SMSJ DIIKTIRAF 5 BINTANG!

Tahniah! BOP SMSJ dan AJK-AJKnya telah mendapat Anugerah Pengurusan 5 Bintang! Anugerah ini telah diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor semasa pengumuman keputusan PMR 2011 di JPN, Johor. Tn Hj Idris b Ahmad telah menerima sijil penganugerahan tersebut daripada Tn Pengarah.

Pada 23 Disember 2011 jam 3.00 petang, sebelum taklimat SBPA dimulakan, Tn. Hj Idris telah mengambil kesempatan menyampaikan sijil-sijil anugerah tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan dan AJK BOP SMSJ.

Semoga penganugerahan ini menjadi perangsang kepada semua AJK BOP meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan BOP SMSJ.