BOP SMSJ DIIKTIRAF 5 BINTANG!

Tahniah! BOP SMSJ dan AJK-AJKnya telah mendapat Anugerah Pengurusan 5 Bintang! Anugerah ini telah diumumkan oleh Pengarah Pelajaran Negeri Johor semasa pengumuman keputusan PMR 2011 di JPN, Johor. Tn Hj Idris b Ahmad telah menerima sijil penganugerahan tersebut daripada Tn Pengarah.

Pada 23 Disember 2011 jam 3.00 petang, sebelum taklimat SBPA dimulakan, Tn. Hj Idris telah mengambil kesempatan menyampaikan sijil-sijil anugerah tersebut kepada Setiausaha Peperiksaan dan AJK BOP SMSJ.

Semoga penganugerahan ini menjadi perangsang kepada semua AJK BOP meningkatkan lagi kecemerlangan pengurusan BOP SMSJ.

No comments: