Integrasi SPPBS dengan SPS
.jpg)
Maklumat terbaru, sebenarnya tidaklah baru sangat
kerana surat siaran berkaitan makluman ini telah dikeluarkan sejak Disember
2013. Surat siaran ini memaklumkan berkenaan perkembangan terbaru SPPBS.
Antara
lain surat siaran tersebut memaklumkan bahawa modul Pentaksiran Berasaskan
Sekolah (PBS) akan beroperasi melalui Sistem Pengurusan Sekolah (SPS) yang akan
dilaksanakan mulai 1 April 2014 melibatkan perkara-perkara berikut :
- Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2013 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
- Kemasukan prestasi murid yang belum selesai bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2013 untuk tingkatan 1 dan 2 sekolah menengah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan Pentaksiran Sekolah (PS) tahun 2014 untuk tahun 1, 2 dan 3 sekolah rendah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PAJSK tahun 2014 untuk Tahun 4 Sekolah Rendah.
- Kemasukan prestasi murid bagi pelaksanaan PS dan Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan dan Kokurikulum (PAJSK) tahun 2014 untuk tingkatan 1,2 dan 3 sekolah menengah.
Diharap dengan perkongsian maklumat ini akan memberi manfaat kepada semua guru di sekolah rendah dan menengah di seluruh Malaysia.
No comments:
Post a Comment